Pengedar Shaklee Petaling Jaya, Bandar Sunway, Subang Jaya

Pengedar Shaklee Petaling Jaya, Bandar Sunway, Subang Jaya

Apa itu Penuaan?

Ramai yang masih belum faham apa itu penuaan. Pada kefahaman banyak orang (termasuklah saya dahulu) penuaan ini maksudnya apabila kulit kita mula berkedut dan mula nampak tua. Rambut kita mula gugur dan bertukar warna puti. Ya, betul. Tetapi senario seperti kulit berkedut adalah antar kesan kepada proses penuaan.

Bila kita sebut tentang penuaan, mungkin orang-orang muda yang berumur 20-an akan rasa,

“alah, takperlu lagi”

“alah, aku muda lagi”

“muda lagi, mana ada isu penuaan lagi”

Okay takpe. Jom kita tengok apa sebebnanya yang dimaksudkan dengan penuaan.

#Apa itu penuaan ?

Manusia ada 2 jenis umur

1)umur kronologi : Umur yang tidak dapat diubah, jika tahun ini anda 29 tahun, tahun depan ada akan menjadi 30 tahun

2) umur biologi : umur badan kita. Sebagai contoh, jika umur hakiki kita 42 tahun, boleh jadi umur sel kita, organ lebih muda, maksudnya masih cantik, masih sihat jika kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tetapi akan berlaku sebaliknya jika anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda, sebenarnya penuaan sel berlaku setiap hari. Selagi mana kita hidup dan bernafas, menghirup udara, kita sedang menjalani proses penuaan. Penuaan adalah berkaitan dengan pengoksidaan. Sebenrnya proses penuaan berlaku ketika usia belasan tahun lagi. Dan muda atau tidak, sebenarnya tidak terkecuali dengan proses penuaan ini.

Jadi, proses penuaan adalah proses dimana kita sedang menua dan proses ini tidak boleh dihentikan selagi mana kita bernafas. Jadi, tidak logik jika ada yang mengatakan,” saya masih muda. saya tiada isu penuaan”.

Dalam badan manusia juga berlaku penuaan. Sel, organ semua akan menua setiap hari. Tahukah anda bahawa berribu sel manusia akan musnah setiap hari?

Jika sel menghadapi isu penuaan yang cepat kita akan dapat penuaan yang lebih cepat daripada yang sepatutnya kita akan lebih mudah mendapat penyakit penuaan seperti :

  • Badan lemau, cepat penat bermaksud imun sistem semakin rendah
  • Berat badan cepat naik dan susah nak turun
  • Kulit nammpak kesan penuaan especially kedutan
  • Dapat penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan (kolestrol tinggi, kencing manis, jantung )

kalau zaman dahulu selalunya orang tua yang banyak dapat penyakit ini tapi sekarang orang muda pun boleh dapat. Jeragat pun biasanya terjadi kepada orang yang berusia 40 tahun ke atas. Tapi sekarang, kita boleh lihat wanita muda yang berumur 20-an pun dah ada jeragat dan kedutan. Bermaksud penuaan sel berlaku dengan sangat cepat sekarang.

#Apakah faktor yang menyebabkan penuaan ? 

okay, sekarang anda dah jelas dan faham apa itu maksud penuaan ? Penuaan bukan maksudnya kulit kedut. itu kesan daripada proses penuaan.

Okay, untuk mengatasi masalah penuaan, kita kena tahu apa sebenarnya penyebab kepada penuaan ni.

1)FAKTOR LUARAN (80%)

i) Sinaran cahaya matahari : Sinaran matahari ada radiasi UV.  UV pula ada 2 jenis iaitu UVA dan UVB. Bila radiasi ini direct kena pada kulit kita, ia akan menyebabkan kemusnahan atau kerosakan sel.

ii) Pencemaran : Kita boleh lihat hari ini, walaupun kita tidak mengalami jerebu atau debu kuning dalam udara yang kerap, tetapi kita perlu sedar bahawa kita sedang mengalami pencemaran lebih-lebih lagi yang tiggal di kawasan bandar. Asap kereta dan lori. Pembakaran dan macam-macam lagi. Menyebabkan kulit kita mudah dijangkiti bakteria. Kita tak rasa, tetapi kulit kita memang sedang menerima kesan daripada pencemaran. Tidak terkecuali pencemaran air yang kita gunakan setiap hari.

iii) Gaya hidup/lifestyle : lifestyle ini termasuklah pemakanan, cara tidur, aktiviti harian dan emosi (stress). Cara tidur ni, anda kena tidur awal dan cukup. Contoh pukul 12 hingga 2am waktu liver sedang repair. So, waktu ni kita dah kena tidur. Elakkan makanan yang tinggi gula, pengawet, warna tiruan. Dan perlulah untuk selalu bersenam. Agar perjalanan sistem badan kita lancar. Eosi juga perlu dikawal agar kita tidak berada di bawah tekanan.

2)FAKTOR DALAMAN (20%)

-DNA : Jika dalam genetik seseorang memang ada genetik hormon tidak stabil dan sebagainya. Memang boleh effect tapia ia hanya 20%. Walaupun DNA faktor dalama, tetapi radiasi UV boleh menembusi sehingga ke DNA.

Sebenarnnya kita boleh berikhtiar untuk melambatkan proses penuaan. Bukan sahaja untuk cantik but to stay pretty and healthy. Boleh hubungi saya Liyana di talian 019-2075835 untuk konsultansi yang lebih lanjut

Apa Itu Penuaan & Faktor Yang Menyebabkan Penuaan : 019-2075835

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *